"tupperware" for the afterlife... are we ready..?

Entah laa... sejak dua menjak nie naper aku dok tringat jer kat Arwah Abg Joe, Smalam pon dok tak duduk tetiba jer terlintas di hati ttg Arwah. Dengan surah suci Al-atihah, aku sedekahkan kepada Arwah yg mendiami di sana. Dek kerana tuh, aku pon selongkar ler PC aku cari gambar dia, mgkn dengan nie, dapat menambahkan keinsafan dan keimanan kepada Ya Rabb.

Sememangnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sementelah dok selongkar, aku terjumpa satu pic yg bg aku tuoching yg amat. i bet anybody who knew him would feel the same!! yup see this below. Arwah mmg seorang yg penghibur... alwayz seem happy no matter in what condition. masa arwah sakit pon he's try to show a friendly face dan cuba nk sorokan yg dia smmgnya tengah sakit.



"I THINK, EVERYBODY KNOW WHO'S ON THIS PIC"




Ada jugak yg aku dengaq soksek2 yg x brapa sedap. sampai mcm tuh pon ada. biasa laa manusia, x sedar yg nasib lepa pn akan sama jugak nnt. mmg dah lumrah manusia suka mengunkit2 pemberian dan kebaikan yg lepa buat. iskhh... rasa mcm nk penampor jer...!! berita terbaru, org tuh dah dapat musibah kecil di dunia nie. Aku anggap tu mungkin balasan kecil yg diterima dek perbuatannya. sebab itu, dikhabarkan bermasam muka sepanjang hari dan asyik dok salahkan orang jer. semua tu baru dugaan kecik. ada yg lebih grand lagi nanti.

Tadi ada satu majlis x formal acara makan2 diatas kemelimpahan rezeki 2 orang sahabat kita. so lepa decide nk wat kenuri skit utk semua kawan2. Alhamdulillah, rezki ari jumaat, moga lepa dua akan dimurahkan rezeki lagi dan bley blanjer lagi... at this moment pon, aku rasa kalo arwah ada, he must be org yg penting VIP guest dalam acara nih. Arrange menu, place and time. ohh gosh....!! aku teringat lagi..!! semoga arwah aman di sana. On this 15 Nov 2009, genap laa sebulan arwah pergi meninggalkan dunia ini, tapi kehilangan amat dirasai. Kita yang masih dikandung nyawa nie patut bermuhasabah diri mengenai di sana yang abadi. adakah cukup segalanya bekalan yang kita sediakan semasa di kesempatan dunia. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami dalam keredhaanMu. Aminn...!!

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Whooppp…. Anyway walaupon dah lewat sgt to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009 kepada semua, aku nk greet jugak laa. Walaupon dah lepas syawal but the feel still there. Rendang ngn ketupat pon dok terasa kat ujung2 lidah lagi jadi x salah laa nk raikan syawal lagi. Raya kan hari hari, ... hehhhe. Sampaikan, iklan kat banner2 yg dok kat tepi jalan pon still ucapkan selamat hari raya. Gerai lemang Pak Karim tepi roundout allagappa pon x runtuh2 lagi wlapon LPS dah abis end last month.


ANTARA LIMPAHAN AWEK YANG HADIR SAMA....!!




For those who follows our story, aritu we’all adakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk Penolong Pegawai Tanah for whole Penang. As planned, it ran smoothly, Alhamdulillah. Selesai dengan jayanya tanpa ada masalah. Really, slight problems appear at the beginning and diselesaikan dengan kacangnyer oleh budak2 SO yg fully supporting the majlis. Hahaha... yer laa.. majlis yg dijadualkan mula pada 11.15 been dragged sampai 12.30 sbb dok tgu VVIP jemputan show their handsome face. Last2 x mai gak, n majlis terpaksa laa dimulakan jugak. OK jugak laa dengan kehadiran 1 VVIP dari 3 and 3 VIP. Thanks to District Office of North Region and Centre Region sebab hadir sama dgn gaya ala ala masculine man gitu. And juga Dato’ Ariffin Pangarah Tanah Dan Galian P.Pinang yg merasmikan majlis arituh juga wakil daripada SPS En Khalil ADO hasil yg mmg bsabar tgu sampai majlis bermula.


BOSAN MENUNGGU...HEHEHE, NMPK SGT LAA BEB..!!



GENG BAPAK-BAPAK DARI SPT ...ehh joe, muka tembam semacam jer.. keh keh keh




VVIP SEMUA YG TEKUN DOK BACA TENTATIF PROGRAM...hehehe aku ngn joe ler yg buat menda tuh. terpegun semua... hehehe





iskhhh.... awek lagi, meriahnyer..!!




Majlis nie dijangka hadir 60 SO, sekali dgn jemputan, yg sediynya, yg mai lby krg 50 jer. That quite improving from last session, less thn this appear. nie kira bagus jugak laa promotion and advertising. Also bagus jgk laa Dato SUK x leh mai, kalo idak mau malu gak ler presiden sbb sambutan almost half member jer hadir. It should be merrier than this.




UCAPAN DARIPADA DATO'HJ ARIFFIN, PENGARAH PTG PULAU PINANG.




Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dato Hj Ariffin selaku our Jedi Master of the day. Terima kasih Dato sbb ucapan x berjela2 n simple. x smp 5 mnt jer... yer laa majlis pon dah mula lambat ditambah dgn makanan yg segar bugar dok tunggu nk kena terkam jer. Selesai jer rasmi, fuhh.... berkelang keletung laa bunyi pinggan sudu garfu menandakan serangan telah bermula. hahaha... hilang gaya anggun abis all gurl there. hahaha...!!




"THE HERIOC DUO TAG TEAM "




" THE KUNNN TAG TEAM "





While tengah makan, diselitkan acara lucky nombor for the luckiest man. Hamper ada 30 dan nak diberi kepada 40 orang. So the percentage is 75%. Alhamdulillah, aku dah termasuk dalam the luckiest 75%. Siap dapat 2 hamper lagi. 1 for the lucky number and 1 more for the baby. hehehe...penuh keta aku. X kesal jgk laa Radzi pon sama laa ngn aku, 2 hamper tp satu hamper kecik. hahaha... x leh kira hamper pon, air sarsi 2 botol tp ada reben kaler merah. comey jer nmpak hamper tuh. Joe ler paling best. hamper top 10, kaw kaw gundu punya..!! kembang kepis idong amik hamper kat Dato Ariffin. Bob, Ina, Osman pon bertuah jgk...!! sempoi laa... Tapi x sangka laa, Duan ngan Farid jer x bertuah. Korang x mandi pagi kot.. hehee.. x pe, lenkali ada lagi, tahun depan punya plak.




" SLURRRRPPPPPPP....!!! MELELEH AIH....!!




Perot pon dah gendot makan x ingat ponya, it’s time..!! hehehe... sessi persembahan karaoke dari semua district. hehee.. DO pon nice, very sporting, siap tulun pilih lagu lagii.. hehe, thank to Abg Bob for the karaoke on behalf of SPT... heheh... mmg Broery habis ahhh...!! lentok suma...





ABANG BROERY DARI SPT... HEHEHE EN BOB YG SPORTING ABIS..!!!





GANDINGAN TERBAIK DARI SPU DAN PTG




abis jer makan, tangkap gambar barang seketol dua, and one more things, Congratulation tu HUDA SO PTG penang for invitation to her wedding ceremony. She was inviting all to the ceremony on 1 Nov 2009. so, any body attend the wed...? hehehe Sori Huda, we all terlupa laa... anyway CONGRATULATION....!!!





" FOR SALE... hehehee!!!"



ok. daa...!!

JIWA KOSONG



argh… tatau kenapa hari nih aku rase cam kosong je….. tak tau apesal tapi rase cam ade satu kekurangan @ kekosongan dalam jiwa aku.. arg!!!! i hate this feeling… tensennyaa….



dua tiga hari nih aku kerap rase cam nih… arg!!! kenape apekah?? tapi dalam keadaan nih sempat gak aku bukak email, pastu kemaskini sistem file aku dan dok gelak2 ngn kawan2. tp aku masih rasa kosong, argH!!! tensen aku!!



Goyang, Makan dan Tak Bertuah..!!!

Dah lama aku x post entri dlm blog nie... dok sebok ngn ukoq2 ngn macam2 lagi la... arini jumaat ada laa time nk bersenang lenang skit... heheh mmg ari jumaat, leh bersenang lenang aku kat opis ni sbb ari jumaat adalah ari aku gulungkan repot2 aku tgk2 mana nk tak kena atau mana nk kena topup... pastu balh p msjid..

Rabu mlm lepas ada la satu dinner anjuran SPR penang kat EQ bukit jambol. Fullawehh.. makanan bley laa tahan..., yang x tahan ada persembahan live band yg bagi aku best laa...

yg terkezutnyer, live band nie dari MPSP. Bukan dari freelance band mana2!! erkk... terus teringat kawan aku yg keja MPSP dok cerita ttg MPSP yg dok bazir duit gajikan orang utk menyanyi dan menari. yer laa, dalam dok dengaq MPSP yg nazak ngan rizab simpanan duit pokai pon leh hire orang utk nyayi lagi. tp lepas aku tgk lepa perform, bagi aku yg tak pernah tgk liveband selain dari kat umah kenuri, "thumbs up "laa aku bagi. At 1st, wonder jgk awat laa EQ amik org yg veteren utk live band derang, dah laa tahap bapak2, siap gaya alleycat pon ada. hehehe, bila en pengerusi yg molek tu bgtau, nie band MPSP terus aku "woohhhh...". ada lagi yg besh… hehehe lagu dangdutt.. pergh… terjojol mata semua bapak2 yg dok kat meja sana.. haw haw haw... ada yg x lalu nk habiskan nasik di pinggan pon ada. Tuh laa penangan Dangdut Gelek ala Inul...


Gerudi... iyah iyah....!!! Band MPSP dgn penggerudi terhebat mereka. hahah.. padan muka hgpa sbb gambo x clear...!!


Makan pon dah, gelek pon dah, sampai laa ke adegan paling menarik iaitu “cabutan bertuah”. Tang sini aku aku tgk kat suma yg mai muka penuh berharap dan beria-ia. hahaha ada yg dok tgk kertas cabutan bertuah tuh berkali2 wlopn kertas tu ada 3 nombor jer. aku semacam bley paham perasaan mereka semua tuh, SEMUA TERINGIN MESIN BASUH tuh... hahaha kembang kempis idong dok dengaq pengerusi dok umum nombor2 yg bertuah termasuk laa aku... aku nk TV 21” jer sbb nk wat main PS. hehehe at last yg dapat sakit perot jer sbb dok tahan kencing x mo p tandas takot lepa announce lucky no kite. hahaha.., lepas hadiah disapu bersih, aku pon zass...!! berlari lari anak p tandas, melepaskan kekecewaan sbg unluckiest man of the night. ternyata bukan aku jer yg kecewa, ada jgk yg senasib ngn aku sesambil “berhajat” pon bley sembang pasal nombor lepa tu yang miss selagu jer...


Awek hotel sedang mempersembahkan nyum nyum kat kami..!!!

Bab makan aku bagi 4 star ler wlpon EQ tu 5 star. sbb aircond dia sejuk sgt n fotong stim aku makan. aku makan skit jer sbb sejuk. tatau laa aku tgk org lain releks jer, mgkn aku ada dok bwh AC Hose kot. Makanan yg panas, semenet jer dah sejuk... yg paling best makan ayam kukus dia dlm lotus leave. chineese style, sbb aku tsrempak ngn chef dia, kat dpn banquet hall dok sembang ngn sorang peserta tuh. mmg mata sepet abis ahhh, sbb tu rasa dia pelik n nyum2 skit. niehh... aku hidangkan gambaq yg sempat aku snap ngn camera Norkiah 12MP aku utk tatapan rohani semua. hik hik...(ngidam iPhone 3G plak nih)


Ayam kukus masam2 pahit dalam lotus leave. nmpk best jerr sbb panas lg... japgi sejuk laa tuh..!!


Siakap Goreng Tepung sedang dihancurkan oleh penghuni meja aku... huhuhu...aku dpt ekor jer..!!

JURUKUR

tadi ada laa aku kuaq ngn mber sepejabat, p teman dia kuaq site dia. perot pon tgh buncit lepas sarapan, tak dan nk rest kawan dok col ajak p teman. aku pon folow je sbb smalam manis jer mulut aku nk tulun mamat nih. sian kawan aku nie, keja berlonggok2, dan aku yg keja skilo dua nie offer laa nk ringankan beban dia.

sesampai ada la sorang pakcik nih dok sembang2 kat keta member aku nih, aku yg ala2 nk buat ramah p laa hemoi muka kat lepa dua. dan tetiba jer pakcik nie kalih ngn sengeh kata "nama kami sama...!!" aku yg blur2 tatau apa2 sbb baru lps korek idong pon sengeh balik sambil "Oooo..!!" paham laa aku pakcik nie nk bgtau nama dia radzi jugak...!! (mcm heheh radzi kawan aku tahun 2020). aku pon blah terus masuk keta lepas sengeh lagi sekali kat pakcik tuh.

"tuan tanah ke..?"tanya kat member, heheh bukan dia, juruukur!! erk... tak penah plak aku tgk juruukur yg mcm pakcik nk pegi masjid nih!! mcm x de tanjak jer, tp aku diam jer mgkn dia terror bab ukur2 nie aku pon tatau laa, tp kan... come on..!! naik gen-2 sport kaler kuning. fuhh dgn ada drebar lagi. km pn follow jer sbb tapak tuh tatau kat mana.. susah nk carik sebab nmpak macm jauh dalam utan jer. udah ler lalu jalan jauh, ada shortcut pon dia by camtu jer, sempat laa aku menguap 4 kali dalam keta layan abby fanna dok gelak sorang2.

pusing punya pusing, u turn pon dah buat sampai laa kat satu tmpt. dia berenti keta pastu kami pon kuaq laa, dia kata kat sini laa kot. pastu dia p jalan depan tuh p tanya ada 3 orang aci india dok korek longkang apa ntah. erk...pakcik juruukur nih x tau ke lot nih kat mane? yg member aku nih dok sengeh2 apa ntah. rupanya yg razi muda nie dah tau dah lot tanah tuh kat depan tuh jer, saje nk tgk juruukur tuh. hehe kesia gak laa pakcik razi tuh, tanya orang abis, nk col opis dia kredit abis, suruh budak muda bwak keta tuh dia wat kering jer... pastu kesian plak pakcik juruukur dok melilau2 aku pon panggey laa kata nie lee lot nyer lepas km amik gambaq dah. hehehe... kesian plak ngn pakcik razi tuh. mls nk tanya banyak sbb km tau pakcik nie mmg tatau pnye..

dok terfikir jgk le aku tadi, nnt kalo aku dah tua (kalau laa aku ada masa tua tuh) aku mcm tu jugak kot. hehehe

Nikmatnyer...

wondering why all this advert didn't bother me at all, am i heavy..? hmm...




















Ronda2 bulan ramadhan...!!!

Salam....!! walaupon dah lama menda nie berlaku, disebabkan lack of time to post, aku post jugak laa daripada menyemak jer gambar nie dalam HD aku.

this moment snaped pada ramadhan baru2 nih. ntah la, kena p banci dan ukur rumah2 yang kena pada jajaran sungai pertama. Yup... it sound crazy, p ukur tengah2 panas and off course pada bulan posa. mmg exhausted tahap gaban laa... tp dah nama tugas, tmbahan dengan lulusnya NT27 nie, suma SO yg mai berkobar2 nk tolong menolong wlpon nie hanya melibatkan 2 orang SO dan 2 mukim sahaje. bagus betul budak2 SO nie...!! semangat 1malaysia. yeah..!!


nie gambo masa mula2 sampai, semua nak tunjuk terra nk baca pelan..!!



Chief Da Mission, yang pakai cap tuh, the man behind all this


Osman, Planning Engineer of the project. nampak tak dia pegang apa tuh, SO
kawasan pon dok perati kat belakang jer... Ahaks!!




Pakcik nie risau ramai2 dok wat demonstrasi kat depan umah dia, heheh
kalot jer kuar samapai x nyempat pakai baju... huhuhuh maaf yer pakcik,
anak pakcik pegi keje yer pakcik...?!!






"Haunted Cottage" nie pon nk kena banci jugak... giler arr, mane ada
orang... ngeri siot, meremang jer masa sampai kat sini, yer laa dah laa
lokasi kat ujung kampung, tepi lubuk sungai plak tuh...grrr...!!


"chief da mission" dok fening apa ntah lepas banci tuh, bula2 posa nie,
oder ayaq sirap kat makcik kantin kot... hehehe tak pon "mem besao"
tepon ehhehe... !!