Entah laa... sejak dua menjak nie naper aku dok tringat jer kat Arwah Abg Joe, Smalam pon dok tak duduk tetiba jer terlintas di hati ttg Arwah. Dengan surah suci Al-atihah, aku sedekahkan kepada Arwah yg mendiami di sana. Dek kerana tuh, aku pon selongkar ler PC aku cari gambar dia, mgkn dengan nie, dapat menambahkan keinsafan dan keimanan kepada Ya Rabb.
Sememangnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. Sementelah dok selongkar, aku terjumpa satu pic yg bg aku tuoching yg amat. i bet anybody who knew him would feel the same!! yup see this below. Arwah mmg seorang yg penghibur... alwayz seem happy no matter in what condition. masa arwah sakit pon he's try to show a friendly face dan cuba nk sorokan yg dia smmgnya tengah sakit.
"I THINK, EVERYBODY KNOW WHO'S ON THIS PIC"
Ada jugak yg aku dengaq soksek2 yg x brapa sedap. sampai mcm tuh pon ada. biasa laa manusia, x sedar yg nasib lepa pn akan sama jugak nnt. mmg dah lumrah manusia suka mengunkit2 pemberian dan kebaikan yg lepa buat. iskhh... rasa mcm nk penampor jer...!! berita terbaru, org tuh dah dapat musibah kecil di dunia nie. Aku anggap tu mungkin balasan kecil yg diterima dek perbuatannya. sebab itu, dikhabarkan bermasam muka sepanjang hari dan asyik dok salahkan orang jer. semua tu baru dugaan kecik. ada yg lebih grand lagi nanti.
Tadi ada satu majlis x formal acara makan2 diatas kemelimpahan rezeki 2 orang sahabat kita. so lepa decide nk wat kenuri skit utk semua kawan2. Alhamdulillah, rezki ari jumaat, moga lepa dua akan dimurahkan rezeki lagi dan bley blanjer lagi... at this moment pon, aku rasa kalo arwah ada, he must be org yg penting VIP guest dalam acara nih. Arrange menu, place and time. ohh gosh....!! aku teringat lagi..!! semoga arwah aman di sana. On this 15 Nov 2009, genap laa sebulan arwah pergi meninggalkan dunia ini, tapi kehilangan amat dirasai. Kita yang masih dikandung nyawa nie patut bermuhasabah diri mengenai di sana yang abadi. adakah cukup segalanya bekalan yang kita sediakan semasa di kesempatan dunia. Ya Allah, berkatilah kehidupan kami dalam keredhaanMu. Aminn...!!
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
SuKan PETANDA
14 years ago
2 comments:
lpas aku baca terus rasa insaf la..
awat background hg gelap..aku tk nampak
He always in my mind...............
Actually, I m sad..............
Al Fatihah to Abang Jo.............
Post a Comment