JOHARI WAN TEH
Sesungguhnya Ajal Dan Jodoh itu adalah ketentuan daripada Allah SWT. Hari ini, tanggal 16 Oktober 2009, 27 Syawal 1430 kembalinya seorang sahabat ke rahmatullah. dengan kemuliaan hari jumaat, penghulu segala hari, jenazah Allahyarham Johari Ibni Wan Teh telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Masjid Permatang Tok Gelam, Seberang Perai Utara.
Allahyarham sememangnya terkenal dikalangan rakan rakan dengan sifat yang amat periang, ceria dan senang didekati. Siapa yang tak kenal dengan Abang Joe, semua di Pejabat Tanah Seberang Tengah maupun KOMTAR kenal. Itulah kelebihan orang yang peramah dan disenangi orang. Setelah sekian lama allahyarham sakit, semua ketentuan telah diaturkanNya. Allahyarham menghembuskan nafaz terakhirnya disamping isterinya yang kami kenali sebagai Kak Su pada petang Khamis kelmarin.
Sejurus selepas kematian, ramai rakan taulan datang menziarah semenjak semalam sehingga ke Masjid untuk urusan sembahyang dan penkebumian. Antara percaya dengan tidak percaya sahaja dengan berita yang diterima, hanya beberapa hari sebelumnya kami telah melawat allahyarham di Hospital Seberang Jaya untuk bertanyakan khabar. Di sana dengan kelembutan wajah Kak Su menyambut kami bersebelahan allahyarham yang agak keletihan kerana berpuasa. Tidak berlamaan kami di sana memandangkan keadaan allahyarham yang memerlukan rehat kami beransur dan akan datang lagi melawat bisik kami pada allahyarham ketika mahu beredar. Tak sangka, lawatan kami selepas itu bertukar menjadi ziarah. Sungguh tidak disangka, kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Menentukan.
Al-Fatihah.
2 comments:
“Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Mulk: Ayat 1).
Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati...
marilah kita sedekahkah Al-fatihah kepada beliau dan semoga beliau dicucuri rahmat dan diletakkan di tempa2 orang yang soleh...amin
Al Fatihah.............
Semoga roh beliau berada dikalangan orang yang soleh.
Post a Comment